SEJARAH | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» MENGENAI KAMI » SEJARAH

SEJARAH

Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pengajian Tinggi pada 23 November 2001 sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial. Institut secara rasminya beroperasi pada 1 Januari 2002 dengan nama Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA) seperti kelulusan daripada Jabatan Pengajian Tinggi [Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil.7/2001]. Penubuhan PEKKA adalah untuk memenuhi misi Universiti Putra Malaysia untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul, yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

Menyedari akan persaingan sengit dalam sektor pendidikan dan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan penyelidikan, pihak Universiti telah merangka penstrukturan semula institut dengan mengambil kira konsep kluster dan bidang tumpuan penyelidikan. Penstrukturan semula institut ini mengambil kira UPM sebagai Pusat Pendidikan Pertanian, UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Agrobioteknologi, UPM sebagai Universiti Penyelidikan, dan UPM sebagai pusat ilmu yang menjana kekayaan.

Berkuatkuasa Januari 2007, Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju meluluskan permohonan Universiti bagi urusan penstrukturan semula institut (Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bil 1/2007). Sejak dari itu, PEKKA telah dikenali sebagai Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS).

Kemaskini:: 08/05/2023 [nm_aini]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETWAi~