LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN PANCA BUDI, SUMATERA UTARA, INDONESIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN PANCA BUDI, SUMATERA UTARA, INDONESIA

LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN PANCA BUDI, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Pada 25 September 2017, IPSAS menerima lawatan dari Universitas Pembangunan Panca Budi, Sumatera Utara, Indonesia. Delegasi  seramai 16 orang yang terdiri daripada pelajar Sarjana dan PhD, diketuai oleh Drs. Kasim Siyo, Direktor Pasca Sarjana, Universitas Pembangunan Panca Budi dan diiringi oleh Prof. Dr. Inon Beydha yang juga merupakan Alumni IPSAS. Lawatan dimulakan dengan kata aluan dari Timbalan Pengarah IPSAS, Prof. Madya. Dr. Siti Zobidah Omar, dan disusuli dengan sesi tayangan video UPM & video korporat IPSAS. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Siti Zobidah Omar menerangkan tentang program pengajian siswazah di UPM, khususnya di IPSAS.  

Pada sesi lawatan ini juga, turut diadakan satu seminar perkongsian hasil penyelidikan dari pelajar siswazah kedua-dua universiti. IPSAS diwakili oleh dua orang pelajar PhD iaitu, Dr. Hayrol Azril Mohamad Shafril  dan Dr. Samsul Farid Samsudin, yang membentangkan hasil penyelidikan  yang bertajuk ‘ Behavioural Predictors of Global Positioning System Usage Among Small Scale Fisherman in Malaysia’ dan ‘Relationship Between Behaviour, ICT Factors and Positive Youth Development Mediated by ICT Use Gratification at Rural Library in Malaysia’.  Delegasi  Universitas Pembangunan Panca Budi pula diwakili oleh Eswin Syahputra dan Ir.Muhammad Ferdian Se yang membentangkan hasil penyelidikan bertajuk ‘ Kepimpinan Islam di Indonesia’ dan ‘ Pengaruh Kepimpinan terhadap Loyalitas Karyawan dengan Kepuasan Kerja sebagai Moderasi’.  

Sesi lawatan dan seminar ini dapat memperkukuhkan lagi IPSAS sebagai sebuah pusat penyelidikan bidang sains sosial yang memfokuskan kepada pembangunan belia dan komuniti.

 

Disediakan oleh

Nor Aini Mohamed
Webmaster

Tarikh Input: 25/09/2017 | Kemaskini: 25/09/2017 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZOAh~