Pelajar IPSAS Menang Anugerah Belia Negara 2014 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Pelajar IPSAS Menang Anugerah Belia Negara 2014

Pelajar IPSAS Menang Anugerah Belia Negara 2014


Sekalung tahniah diucapkan kepada salah seorang pelajar Doktor Falsafah di bawah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia iaitu En. Jufitri Bin Joha kerana telah dianugerahkan sebagai pemenang  Anugerah Perdana Belia Negara 2014 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam Majlis Konvensyen Belia Kebangsaan yang telah berlangsung pada 15 April 2014 di PICC, kelmarin. Memang selayaknya beliau dikurniakan anugerah tertinggi belia negara itu disebabkan beliau adalah seorang yang amat bersederhana, yang hidupnya sentiasa disumbangkan kepada ummah. Daripada kampus cekal dan gigih menekuni ilmu, aktif menabur budi tanpa erti penat, sentiasa hormat dan merendah diri kepada orang lain hatta tidak pernah terdengar mengeluarkan sepatah kata yang mengguris perasaan orang lain, hormat kepada orang yang lebih tua walaupun berbeza pandangan dan pendirian. Moga lebih ramai Kader-kader Dakwah yang benar-benar menyerlahkan akhlak seorang dai’e bagi ditampilkan kepada generasi muda sebagai ikon belia sejati. Dengan ini seluruh warga IPSAS khususnya amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh beliau dan sekali lagi TAHNIAH diucapkan!!!


Tarikh Input: | Kemaskini: | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcQAc~