SESI PENERANGAN LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA STAF JABATAN REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR. | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SESI PENERANGAN LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA STAF JABATAN REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR.

SESI PENERANGAN LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA STAF JABATAN REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Pada 27 April 2017 yang lalu, bertempat di Bilik Seminar Jabatan Rehabilitasi, Hospital Sungai Buloh, Selangor telah diadakan satu sesi penerangan dan demonstrasi prototaip Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU. Sesi ini telah dihadiri oleh 10 staf Jabatan Rehabilitasi Hospital Sungai Buloh termasuk pegawai perubatan dan jurupulih cara kerja.  Selain menerangkan tentang kepentingan modul latihan maya ini kepada individu yang baru menjadi OKU, kumpulan penyelidik dari IPSAS yang diketuai oleh Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat turut mendapatkan maklumbalas dan pandangan dari para peserta untuk memantapkan prototaip ini.

Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU merupakan prototaip yang terhasil daripada projek penyelidikan Assessing Online Training on Career Success of People with Disabilities. Ia merupakan satu perisian untuk memperkasa emosi dan pemikiran positif dalam kalangan OKU. Prototaip ini merupakan perisian motivasi untuk OKU yang pertama kali dihasilkan di negara ini. Latihan maya ini mengandungi empat modul. Modul pertama bertajuk Redha. Modul kedua bertajuk Sayang Diri. Modul ketiga bertajuk Kepentingan Latihan. Manakala Modul keempat bertajuk Kejayaan Kerjaya Subjektif. Prototaip ini juga telah didaftarkan sebagai hakcipta (No. Pemfailan  20161019170 ).

 

Disediakan oleh:

Kapten Bersekutu (PA) Nor Aini Mohamed

Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, IPSAS

Tarikh Input: 08/05/2017 | Kemaskini: 11/05/2017 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcWAz~