VIPEWID Di Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS ) 2017 Peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya. | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » VIPEWID di Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS ) 2017 peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya.

VIPEWID di Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS ) 2017 peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Pada  28 Ogos 2017 bertempat di Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor telah berlangsung sesi pameran dan pemarkahan untuk produk-produk yang telah tercalon untuk Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2017. Produk VIPEWID  (Virtual Training for People with Disabilities) yang merupakan satu psycho phylaxis e-learning tool untuk menstabilkan emosi oku baru telah  dipertandingkan dalam peringkat pertama AINS 2017 ini. Projek ini diketuai oleh  Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat, dah ahli projek ialah Puan Nor Aini Mohamed (Pegawai Penyelidik Sosial), En. Mohammad Fedderus Abd Razak CEO Kasih Caliph) dah  Dr.Noris Mohd Norowi (Penyelidik Bersama. Antara aspek yang diberi penekananan oleh Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dalam pembentangan beliau di  AINS 2017 ialah keunikan ViPeWid yang berasaskan hasil dapatan kajian penyelidikan dan perkongsian pengalaman dari  OKU kepada OKU serta elemen self- reflection yang turut dimuatkan dalam setiap modul VipeWID.


Pihak Putra Sains Park(PSP)  UPM baru - baru ini telah meluluskan RM 16,000.00 Dana Promosi Produk untuk menambahbaik produk ini di samping mempromosikan ViPEWid kepada lebih ramai kumpulan sasaran.

 

Dr. Nor Wahiza membentangkan VipeWid kepada para juri AINS 2017. 

 

Para juri AINS 2017. 

 

Disediakan oleh:
Nor Aini Mohamed
Webmaster

Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEUNA1~