WACANA BULANAN IPSAS 'CABARAN KEWANGAN BELIA MASA KINI’ OLEH PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAZLI SABRI | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » WACANA BULANAN IPSAS 'CABARAN KEWANGAN BELIA MASA KINI’ OLEH PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAZLI SABRI

WACANA BULANAN IPSAS 'CABARAN KEWANGAN BELIA MASA KINI’ OLEH PROF. MADYA DR. MOHAMAD FAZLI SABRI

Pada 17 Ogos 2017, bertempat di Bilik Seminar IPSAS, telah diadakan satu wacana intelektual bertajuk ‘Cabaran Kewangan Belia Masa Kini’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli  Sabri, Penyelidik Bersekutu IPSAS. Wacana ini telah dihadiri seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada staf UPM, agensi luar seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) dan BERNAMA serta pelajar siswazah. Objektif wacana ini adalah utk berkongsi senario kewangan pengguna terutamanya golongan belia masa kini, pola pendapatan dan perbelanjaan serta strategi pengurusan kewangan di samping perkongsian hasil dapatan kajian.

 

Menurut Dr. Mohamad Fazli, perubahan teknologi merubah tabiat berbelanja dalam kalangan manusia. Di Malaysia, terdapat beberapa laman sesawang yang boleh membantu dalam pengurusan kewangan. Antaranya ialah imoney.my, akpk.org.my (Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit ), ringgitplus.com, loanstreet.com.my, dan  investopedia. Beliau juga menekankan tentang kepentingan polisi insurans, takaful, dan pelan persaraan. Hasil  kajian juga mendapati  kadar literasi kewangan dalam kalangan belia di Malaysia berada pada tahap rendah dan sederhana. Oleh itu, golongan belia adalah disarankan utk merancang kewangan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan kehidupan pada masa hadapan.

 

Dr. Mohamed Fazli turut menggunakan kaedah simulasi perancangan kewangan dalam sesi ceramah beliau. 

Sesi berinteraksi dengan peserta program. 

 

Peserta bergambar kenangan bersama penceramah di akhir program. 

 

Disediakan oleh: 

Nor Aini Mohamed
Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia

Tarikh Input: 18/08/2017 | Kemaskini: 21/08/2017 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEaHAV~