DARI MEJA PENGARAH | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» MENGENAI KAMI » DARI MEJA PENGARAH

DARI MEJA PENGARAH

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat datang ke Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)

IPSAS yang ditubuhkan pada November 2001 merupakan sebuah institut yang memfokus kepada belia dan komuniti. Penyelidikan serta perundingan yang dijalankan di IPSAS melibatkan seluruh peringkat masyarakat di antaranya golongan rentan (Wanita, OKU, B40), petani, pesawah dan nelayan serta belia, walau bagaimanapun tumpuan diberikan kepada membangun dan memperkukuhkan generasi masa depan di semua lapisan masyarakat untuk kesejahteraan mereka.

Di IPSAS kami menawarkan bidang pengajian belia, pengajian kepemimpinan, pendidikan komuniti dan pemajuan desa. Dengan kepakaran yang kami ada kami bersedia memberikan khidmat terbaik untuk anda di luar sana samada dalam mahupun luar negara.

Kami juga bekerjasama erat dengan pemegang taruh yang berkaitan bidang kajian samada agensi kerajaan, swasta, NGO dan juga orang perseorangan yang mempunyai kesungguhan untuk membangun dan mensejahterakan belia dan komuniti yang ada di Malaysia.

Kesungguhan kami diterjemahkan dengan penghasilan beberapa dasar di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Penglibatan penyelidik IPSAS di peringkat antarabangsa membuktikan kepakaran kami diiktiraf di peringkat dunia.

Sila layari laman sesawang IPSAS dan semoga hubungan baik ini dapat dibangun dan diperkukuhkan selamanya.


Profesor Dr. Haslinda Binti Abdullah

Pengarah
Institut Pengajian Sains Sosial
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Kemaskini:: 01/09/2022 [nooryati]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdHAB~