MEMODEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN AL-FATEH DENGAN KAEDAH NLP | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
MEMODEL KECEMERLANGAN KEPIMPINAN AL-FATEH DENGAN KAEDAH NLP
Tarikh
24 Oct 2017 - 03 Nov 2017
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
Istanbul , Bursa dan Cappadocia
Ringkasan Acara
Adalah dimaklumkan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) melalui Unit Resiliensi Komuniti dan Inovasi Sosial akan menganjurkan Program Khas NLP Turki, Kursus Aplikasi Neuro-Linguistic Programming (NLP): ‘Memodel Kecemerlangan Kepimpinan Al-Fateh'. Menerusi program ini, peserta dapat melihat, mendengar dan merasai sendiri jejak kecemerlangan Sultan Muhamad Al-Fateh di negara bekas Kerajaan Uthmaniyah. Peserta juga dapat mengetahui dengan jelas garis masa kehidupan Al-Fateh hingga berjaya membuka Kota Konstantinople dan mencungkil strategi kecemerlangan baginda seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pengisian program ini menekankan kerangka kesedaran, realisasi diri, matlamat dan sistem kepercayaan untuk membina kecemerlangan diri peserta. Program akan dikendalikan secara interaktif melalui ceramah, latihan praktikal dan lawatan. Di akhir program, peserta dapat menghasilkan strategi diri yang mantap mengikut model kecemerlangan Al-Fateh. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 24 Oktober - 3 November 2017 Tempat : Istanbul , Bursa dan Cappadocia Yuran : RM7890 Seorang Pakej Yuran termasuk -Yuran Kursus Aplikasi NLP - Kit Kursus & Sijil Penyertaan - Pengangkutan Domestik - Bosphorus Cruise - Tiket Penerbangan Antarabangsa Pergi Balik - Tiket Penerbangan Domestik - Penginapan ( Hotel 5 Bintang ) - Sarapan, Makan Tengahari & Malam Peserta adalah dipelawa daripada semua peringkat sama ada pelajar, staf atau orang perseorangan, dalam dan luar UPM. Walau bagaimanapun, tempat adalah sangat terhad. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami En Zaimie (0389471855/0132489060).

Kemaskini:: 12/06/2020 [nm_aini]

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETDAf~