Bengkel Pemurnian Protokol Focus Group Discussion (FGD) & Instrumen Kajian Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Bengkel Pemurnian Protokol Focus Group Discussion (FGD) & Instrumen Kajian Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22)

Bengkel Pemurnian Protokol Focus Group Discussion (FGD) & Instrumen Kajian Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22)

PULAU PINANG, 17 April 2022- Telah selesai pelaksanaan Bengkel Pemurnian Protokol Focus Group Discussion (FGD) & Instrumen Kajian Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22) yang dilaksanakan selama tiga hari bertempat di Mercure Penang Beach.

Terdapat lima sesi pembentangan dan perbincangan terdiri daripada Sesi I: Penerangan Keseluruhan Pelaksanaan IBM’22 disampaikan oleh Pn Shahhanim Yahya, Ketua Eksekutif Penyelidik II; Sesi II: Perbincangan Metodologi Kajian IBM’22, oleh Pn Asnida Abd Hamid, Eksekutif Penyelidik II; Sesi III: Penerangan & Perbincangan Berkaitan Instrumen Kuantitatif IBM’22 oleh Pn Rozahidah Roslee, Eksekutif Penyelidik IX; Sesi IV: Penerangan & Perbincangan Berkaitan Protokol FGD IBM’22 oleh Cik Farhan Mat Arisah, Eksekutif Penyelidik VIII dan diakhiri dengan Rumusan Keseluruhan Berkaitan Pelaksanaan IBM’22. Di akhir bengkel ini telah berjaya memurnikan definisi operasi melibatkan 6 Domain dan 41 Indikator, Instrumen Kuantitatif, Protokol FGD dan gerak kerja pelaksanaan IBM’22 secara keseluruhannya.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan dihadiri oleh tiga orang pakar rujuk kajian, tiga orang penyelidik bersama dan enam orang penyelidik IYRES.

Tarikh Input: 22/04/2022 | Kemaskini: 26/04/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZQAC~