Bengkel Penulisan Laporan Akhir Dan Penerbitan Kajian Indeks Kesejahteraan UPM 2021 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Bengkel Penulisan Laporan Akhir dan Penerbitan Kajian Indeks Kesejahteraan UPM 2021

Bengkel Penulisan Laporan Akhir dan Penerbitan Kajian Indeks Kesejahteraan UPM 2021

Pada 21 – 23 Januari 2022 telah diadakan satu Bengkel Penulisan Laporan Akhir dan Penerbitan Kajian Indeks Kesejahteraan UPM 2021 bertempat di Bangi Resort Hotel. Ia telah dihadiri oleh 9 orang penyelidik IPSAS yang telibat di dalam kajian ini.

Pada hari pertama bengkel, penyelidik telah berbincang dan menyemak semula Laporan Akhir dan slaid pembentangan yang telah disediakan. Pelbagai kesilapan telah dikenal pasti dan penambahbaikkan juga telah dilakukan bagi memantapkan lagi Laporan Akhir ini.

Pada hari kedua dan ketiga bengkel, para penyelidik telah berjaya menyediakan draf bagi penerbitan iaitu 1 artikel jurnal (English), 1 artikel jurnal (B. Melayu), 1 artikel jurnal (data kualitatif), 1 buku karya asli dan 1 polisi.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dengan hasil yang amat membanggakan. Bengkel lanjutan bagi penerbitan daripada kajian ini akan diadakan setelah draf kesemua penerbitan telah siap.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 03/02/2022 | Kemaskini: 03/02/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEUOAN~