IPSAS MEMBENTANGKAN LAPORAN AKHIR KAJIAN INDEKS KEPUASAN PELANGGAN BAGI JABATAN KARGO KTM BERHAD | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » IPSAS MEMBENTANGKAN LAPORAN AKHIR KAJIAN INDEKS KEPUASAN PELANGGAN BAGI JABATAN KARGO KTM BERHAD

IPSAS MEMBENTANGKAN LAPORAN AKHIR KAJIAN INDEKS KEPUASAN PELANGGAN BAGI JABATAN KARGO KTM BERHAD

Oleh Zamre Yaacob

KUALA Lumpur, 5 Februari – Pasukan penyelidik dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) telah membentangkan laporan akhir Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan perkhidmatan pengangkutan KTM Kargo di ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad. Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ir. Kamarul Zaman bin Zainal, Ketua Eksekutif KTM Berhad. Manakala pasukan penyelidik terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri, Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan, Dr. Mohd Roslan Rosnon, En. Zamre Yaacob, Pn. Nurani Kamarudin dan Cik Tang Sui Sum. 

 

Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan ini adalah yang pertama kali dilakukan sejak KTM Kargo ditubuhkan pada 1999. Ia merupakan salah satu usaha transformasi pelan pembangunan berhubung dengan tahap kualiti kepuasan pelanggan yang telah diunjurkan oleh pihak KTM Kargo semasa program lab pada tahun 2016 di bawah Pelan Jangkamasa Sederhana Jabatan Kargo. Secara umumnya kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan KTM Kargo Berhad. Seramai 91 orang pelanggan KTM Kargo yang mewakili 20 syarikat dan ejen penghantaran di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor terlibat sebagai responden kajian. Kajian yang telah dijalankan selama tujuh (7) bulan (Disember 2018 hingga Jun 2019) telah berjaya menjawab kesemua objektif kajian dengan menghasilkan satu indeks yang boleh digunakan sebagai penanda aras keberkesanan perkhidmatan KTM Kargo.

 

 

 

Tarikh Input: 10/02/2020 | Kemaskini: 10/02/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEXUAN~