Pada 20 Februari 2019, bertempat di Tenera Hotel, Bangi telah berlangsung sesi pembentangan hasil kajian Projek Penyelidikan Pembentukan Barometer Risiko Tingkahlaku Ekstremisme Dalam Kalangan Belia Awal Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hanina Halimatussadiah Hamsan. Projek yang ditaja oleh Wasatiyah Centre for Peace ini telah berjaya menghasilkan barometer mengukur tahap extremism yang mengandungi 14 dimensi/indikator. Tahniah diucapkan kepada semua ahli projek penyelidikan ini.
Prof. Madya Dr. Hanina dan ahli penyelidik bergambar bersama Pengerusi Dato' Dr. Nasharudin Mat Isa, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasatiyah Centre of Peace.
Ahli penyelidik bergambar bersama pembentang lain dari IPTA seluruh Malaysia.
Tarikh Input: 20/02/2019 | Kemaskini: 26/04/2019 | nm_aini