JARINGAN IPSAS DAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » JARINGAN IPSAS DAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA

JARINGAN IPSAS DAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA

 

Serdang, 10 Mei:- Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Unversiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan korporat ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada 8 April lalu bagi membina jaringan dan mengadakan kerjasama antara IPSAS dan SPR serta mempromosikan peranan dan fungsi IPSAS. Pasukan IPSAS yang diwakili oleh Ketua Laboratori Generasi Siber, Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali telah diberikan taklimat tentang peranan SPR. Turut serta dalam kunjungan ini adalah Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan serta Pegawai Penyelidik Sosial IPSAS, Puan Nurul Akhtar Kamarudin.

SEKIAN
AHAG

Tarikh Input: 10/05/2021 | Kemaskini: 12/05/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEaHAp~