3 Disember 2025 – Institut Pengajian Sains Sosial dengan kerjasama pihak KUNKWAN, International Mandarin Training Centre berjaya melaksanakan kelas Bahasa Mandarin selama 2 jam percuma sebagai pengenalan Bahasa Mandarin. Sesi dimulakan dengan penerangan daripada pihak KUNKWAN dan diteruskan dengan asas Bahasa Mandarin melalui beberapa key idea yang menimbulkan rasa seronok berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin. Sesi pembelajaran bertambah seronok dengan penyampaian yang santai oleh En. Kent Ng Kun Kwan, Pengasas KUNKWAN, International MandarinTraining Centre dan dibantu beberapa orang Laoshi.
Inisiatif melaksanakan dan menggalakkan semua belajar asas komunikasi Bahasa Mandarin ini adalah daripada Pengurusan IPSAS sebagai langkah proaktif untuk memudahkan urusan dengan pelajar siswazah terutama daripada negara China. Inisiatif ini merupakan pelan tindakan pengurusan risiko bagi masalah komunikasi dengan pelajar siswazah daripada negara China. Selain itu, dengan belajar Bahasa Mandarin yang dianggap sebagai Bahasa Ekonomi dunia pada masa kini menjadikan nilai tambah pada seseorang staf. Selepas menyertai kelas asas yang dilaksanakan beberapa orang staf daripada IPSAS, IDEC dan IPPH telah mendaftarkan diri mengikuti
pakej yang menarik ditawarkan pihak KUNKWAN dengan penawaran tajaan biasiswa bagi yang menyertaian kelas percuma yang dilaksanakan selama 2 jam.
Semoga kemahiran Bahasa Mandarin yang disertai dapat memudahkan urusan pensyarah/penyelia iswazah, pegawai dan staf yang terlibat secara langsung dengan pelajar daripada negara China. Kebolehan penguasaan Bahasa Mandarin juga sebagai bonus dan kelebihan kepada individu yang berjaya menguasai bahasa tersebut lebih- lebih lagi daripada pihak yang diiktiraf di dalam dan luar negara seperti KUNKWAN International Mandarin Training Centre.

Tarikh Input: 15/12/2025 | Kemaskini: 15/12/2025 | nm_aini
