KUNJUNGAN WAKIL UNIMAL INDONESIA KE IPSAS, UPM | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » KUNJUNGAN WAKIL UNIMAL INDONESIA KE IPSAS, UPM

KUNJUNGAN WAKIL UNIMAL INDONESIA KE IPSAS, UPM

2 Oktober 2025 - Delegasi dari Universitas Malikulssaleh (UNIMAL)  Lhokseumawe Aceh Indonesia  iaitu Dr Mursyidin, Dr Teuku Zulkarnaen, Dr Naidi Faisal dan Dr Mulyadi ke Institut Pengajian Saians Sosial (IPSAS) UPM.  Delegasi UNIMAL di sambut oleh Timbalan Pengarah IPSAS, YBrs Dr Jeffrey Lawrence D’Silva.  Kunjungan dari UNIMAL ini adalah bersempena dengan projek komuniti UNIMAL dan IPSAS di Kampung Aceh, Daerah Yan,  Kedah Darul Aman. Projek ini diketuai oleh PM Dr. Haliza Abdul Rahman (IPSAS) dan Dr. Mursyidin (UNIMAL).

Dalam kunjungan ini,  perbincangan mengenai halatuju projek komuniti Kampung Aceh diadakan dengan harapan untuk memanjangkan lagi projek ini dalam pelbagai aktiviti demi untuk mengekalkan sejarah budaya dan tradisi Aceh di Malaysia dan Indonesia.

Turut di bincangkan juga adalah projek penyelidikan akan datang dalam ruang lingkup pembangunan belia dan komuniti.

Turut diperincikan adalah perancangan untuk diadakan bengkel penulisan dan penyelidikan antara IPSAS dan UNIMAL

Tarikh Input: 21/10/2025 | Kemaskini: 21/10/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (10:16:37pm-10:21:37pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]