LAWATAN KE SK PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG BAGI AKTIVITI JARINGAN KOMUNITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KE SK PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG BAGI AKTIVITI JARINGAN KOMUNITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH

LAWATAN KE SK PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG BAGI AKTIVITI JARINGAN KOMUNITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH

 

 

Oleh Nurul Akhtar Kamarudin

PULAU INDAH, 18 Februari – Kumpulan daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM yang diketuai oleh PM Dr. Haliza Abdul Rahman telah mengadakan lawatan hormat ke SK Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi membincangkan aktiviti jaringan komuniti bersama pelajar sekolah yang bakal diadakan nanti.

Perjumpaan ini telah disertai oleh En. Hazi selaku Guru Besar SK Pulau Indah, Puan Hjh Masita binti Abd. Ghani (Guru Penolong Kanan) dan Cikgu Khairul Farqi. Perjumpaan ini adalah bagi perbincangan awal mengenai aktiviti jaringan yang akan diadakan nanti. Antara aktiviti yang menarik minat pihak sekolah adalah bagi menangani masalah keciciran di dalam pembelajaran (fokus pada tahun 6) serta aktiviti ‘hijau’(tahun 5). Aktiviti ini akan bermula pada bulan Mac 2020 nanti.

 Usaha aktiviti jaringan ini diharapkan dapat memberikan impak yang baik kepada pelajar sekolah yang menyertainya serta dapat membina hubungan kerjasama yang baik dan berterusan antara pihak universiti dan sekolah.

 

 

Tarikh Input: 20/02/2020 | Kemaskini: 20/02/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETPAh~