BANDUNG, 25 Februari– Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kesejahteraan Sosial, Faculty of Social and Political Sciences, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Delegasi seramai tujuh orang ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Siti Zobidah Omar, Timbalan Pengarah IPSAS, UPM. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pembentangan kertas kerja, aktiviti promosi program pengajian siswazah yang ditawarkan, dan perbincangan tentang aktiviti kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama oleh IPSAS, UPM dan Faculty of Social and Political Sciences, Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Delegasi IPSAS disambut oleh Dekan Faculty of Social and Political Sciences, Universitas Padjadjaran , Dr. R. Widya Setiabudi Sumadinata dan ahli pengurusan fakulti.
Delegasi IPSAS yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Siti Zobidah Omar.
Bersama kenangan bersama staf Jabatan Kesejahteraan Sosial, Faculty of Social and Political Sciences, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia.
Duduk dua dari kiri ialah Dr. R. Widya Setiabudi Sumadinata, Dekan Faculty of Social and Political Sciences, Unpad, dan disebelah beliau ialah Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Pengarah IPSAS.
Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nm_aini