LAWATAN KERJA KE THAILAND | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KERJA KE THAILAND

LAWATAN KERJA KE THAILAND

18-21 Julai 2024, IPSAS telah mengadakan lawatan kerja ke Hatyai, Thailand. IPSAS telah mengadakan kunjung hormat ke dua buah universiti yang terkemuka di Hatyai iaitu Prince Songkla University (PSU) dan Thaksin University (TSU). Hasil pertemuan dengan kedua-dua buah universiti tersebut IPSAS akan bekerjasama dalam penyelidikan, penerbitan serta program bersama. PSU dan TSU amat berminat untuk bekerjasama dengan IPSAS dan semoga hubungan ini akan dapat diteruskan dan dimanfaatkan kedua-dua pihak.

Delegasi IPSAS juga tidak ketinggalan untuk melawati tempat tarikan di Hatyai seperti Floating Market, Lee Garden, Bee Garden, Asean Night Market dan Masjid Besar Songkla.

Selain membina kerjasama antara universiti, delegasi IPSAS juga dapat mempelajari budaya dan cara kerja masyarakat di Thailand. Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh teladan, sebagai contoh Masyarakat Thailand amat kreatif dalam inovasi makanan dan pertanian.

Tarikh Input: 30/07/2024 | Kemaskini: 30/07/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (10:16:37pm-10:21:37pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]