Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Universiti Putra Malaysia Dan Adab Youh Garage (AYG) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Putra Malaysia dan Adab Youh Garage (AYG)

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Putra Malaysia dan Adab Youh Garage (AYG)

1 Februari 2023 – Pada petang yang amat bermakna, IPSAS sekali lagi melakar kenangan dengan mengadakan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Putra Malaysia dan Adab Youh Garage (AYG) bertempat di ruang Legar Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mewakili Naib Canselor UPM dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Majlis turut dihadiri oleh beberapa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Kolej (MPK), pegawai kanan universiti serta pegawai, staf dan pelajar siswazah  IPSAS dan AYG.

Tujuan majlis ini diadakan untuk memperkenalkan Adab Youth  Garage (AYG), sebagai satu organisasi yang boleh berkolaborasi bersama pelajar dan pakar-pakar UPM di dalam bidang Kerja Belia, Belia & Komuniti dan Kesukarelawanan.

Moga hubungan kerjasama yang  bakal dijalinkan secara rasmi ini berjalan lancar dalam usaha mengembangkan kerjasama berkaitan belia dan komuniti di Malaysia.

Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZTAa~