PENULISAN ARTIKEL JURNAL : TIP DAN PANDUAN OLEH DR. NURUL FADLY HABIDIN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PENULISAN ARTIKEL JURNAL : TIP DAN PANDUAN OLEH DR. NURUL FADLY HABIDIN

PENULISAN ARTIKEL JURNAL : TIP DAN PANDUAN OLEH DR. NURUL FADLY HABIDIN

Pada 12 & 13 September 2018, telah berlangsung bengkel Penulisan dan Penerbitan Artikel Jurnal Berindeks Scopus bertempat di Makmal Komputer, IPSAS. Penceramah jemputan ialah  Dr. Nurul Fadly Habidin dari UPSI yang berpengalaman luas dan banyak mengendalikan bengkel penulisan di institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Bengkel ini merupakan salah satu antara pelbagai kursus anjuran IPSAS yang diadakan khusus kepada penyelidik dan pelajar siswazah, tidak hanya terhad kepada  bidang sains sosial sahaja. 
Bengkel ini dihadiri oleh 21 peserta terdiri daripada pensyarah dan staf UPM serta  pelajar siswazah dari institusi pengajian tinggi berhampiran.  Antara tips yang dikongsi oleh Dr. Fadly ialah ciri-ciri artikel yang baik,  kesilapan utama dalam penulisan artikel, bagaimana untuk menarik perhatian Chief Editor  kepada artikel yang dihantar, panduan membuat pembetulan kepada artikel selepas disemak penilai serta pelbagai tips lain yang amat berguna dalam memastikan artikel dapat diterbitkan. 

Sebarang maklumat tentang program latihan yang dianjurkan oleh IPSAS akan dikemaskini dalam laman FB IPSAS Training & Consultancy.

 

Peserta bengkel ini juga diberi peluang untuk menyiapkan artikel untuk dihantar ke jurnal sasaran dengan bantuan penceramah. 

 


Dr. Nurul Fadly juga berkongsi beberapa perkara asas dalam penulisan artikel. 



Disediakan oleh 
Nor Aini Mohamed
Webmaster 

 

Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 24/09/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdTAp~