PROGRAM MENJANA KECEMERLANGAN DENGAN NLP BERSAMA AHLI JIRAN MUDA PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM MENJANA KECEMERLANGAN DENGAN NLP BERSAMA AHLI JIRAN MUDA PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS

PROGRAM MENJANA KECEMERLANGAN DENGAN NLP BERSAMA AHLI JIRAN MUDA PANGSAPURI SRI PENARA, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS

Pada 23 September yang lalu, bertempat di Bilik KRT Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung program menjana kecemerlangan dengan kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP) yang dihadiri oleh 30 orang ahli Jiran Muda KRT Sri Penara Fasa A yang bakal menduduki peperiksaan penting iaitu PT3 dan SPM. Penceramah program ialah Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan, Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, IPSAS yang juga merupakan Jurulatih Bertauliah NLP. Turut hadir bersama-sama anak-anak Jiran Muda ini ialah AJK Tertinggi KRT Sri Penara Fasa A yang memberi sokongan penuh kepada program ini.

Program selama 3 jam ini mendedahkan kepada para peserta tentang bagaimana membina kecemerlangan diri dan seterusnya mampu mencapai keputusan cemerlang dalama peperiksaan yang bakal diduduki.  Untuk makluman,  KRT Sri Penara Fasa A, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras merupakan salah satu KRT yang aktif dalam perlaksanaan pelbagai aktiviti untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat dan telah bekerjasama dengan IPSAS dalam program Pengurusan Ruang Terhad kepada golongan surirumah yang akan memasuki peringkat akhir program pada penghujung tahun ini.

 

Peserta bergambar kenangan bersama penceramah dan AJK Tertinggi KRT Sri Penara selepas tamat program 

 

Disediakan oleh
Nor Aini Mohamed
Penyelaras Program/Webmaster

 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 10/01/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdNA6~