PROGRAM RESILIENSI KOMUNITI BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM MASJID KUARTERS KLIA, NILAI | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM RESILIENSI KOMUNITI BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM MASJID KUARTERS KLIA, NILAI

PROGRAM RESILIENSI KOMUNITI BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM MASJID KUARTERS KLIA, NILAI

Pada 20 Ogos 2018 yang lalu, bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Universiti Putra Malaysia, telah berlangsung Majlis Perasmian Program Angkat IPSAS bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim  Masjid Kuarters KLIA, Nilai. Seramai 30 orang anak- anak yatim dan asnaf yang bernaung di bawah pertubuhan ini serta 15 orang AJK Masjid Kuarters KLIA, Nilai telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut mendapat kerjasama dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM.  Program ini merupakan inisiatif Pengerusi Jaringan Industri dan Masyarakat IPSAS iaitu Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan.

Selepas majlis perasmian, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ialah kumpulan 30 orang anak-anak yatim dan asnaf kemudiannya dibawa melawat ke Muzium Anatomi Haiwan @ Fakulti Perubatan Veterinar dan   Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Manakala, kumpulan kedua iaitu 15 orang AJK Masjid Kuarters KLIA, Nilai pula dibawa melawat Taman Pertanian Universiti dan Fakulti Pertanian.  Pada sebelah petang, kumpulan pertama diberi sesi motivasi oleh Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan dan kumpulan kedua mengikuti bengkel Asas Penanaman dan Kawalan Serangga Secara Organik yang dikendalikan oleh staf UCTC, En. Zaidi Tajuddin.

 


Peserta dan urusetia bergambar kenangan selepas majlis perasmian. 

 


Lawatan ke Muzium Anatomi Haiwan@Fakulti Perubatan Veterinar


Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad


Perserta bengkel asas penanaman dan kawalan serangga organik oleh UCTC UPM. Gambar dari FB UCTC UPM. 

Disediakan oleh, 
Nor Aini Mohamed
Webmaster

Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZIAe~