WEBINAR YAYASAN TUANKU FAUZIAH ANJURAN BERSAMA IKLIN, KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN IPSAS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » WEBINAR YAYASAN TUANKU FAUZIAH ANJURAN BERSAMA IKLIN, KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN IPSAS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

WEBINAR YAYASAN TUANKU FAUZIAH ANJURAN BERSAMA IKLIN, KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN IPSAS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

PUTRAJAYA, 28 Mac 2023 – Webinar Yayasan Tuanku Fauziah bertemakan “Aspirasi Wanita Ke Arah Memartabatkan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi” merupakan program anjuran bersama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Kementerian Perpaduan Negara dan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Webinar ini telah berlangsung pada 28 Mac menerusi aplikasi WEBEX dan turut disiarkan di saluran media sosial Facebook Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara.  Titah perasmian webinar ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan titah penutupan telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. 

Webinar ini mengangkat matlamat membincangkan isu – isu kepimpinan wanita, khususnya belia dalam memupuk perpaduan di institusi pengajian tinggi.  Webinar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, dan diikuti dengan ucaptama oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara membawa tema  Aspirasi Wanita Ke Arah Memartabatkan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi.

Sesi ke-2 ialah forum bertajuk “Kepimpinan Belia Wanita di Institusi Pengajian Tinggi“. Sesi ini membariskan 3 orang panelis yang utama dan luarbiasa dalam bidang masing-masing iaitu; Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin , Prof. Dr. Haslinda Abdullah dan Cik Sharon Wee.

Pada sebelah petang,  sesi ke-3 forum telah dilaksanakan dengan tajuk Peranan Belia Wanita dalam Memupuk  Perpaduan  di Institusi Pengajian Tinggi bersama-sama dengan 3 lagi panelis hebat iaitu;  Prof. Dr. Kartini Aboo Talib , Prof. Dr. Dayang Anita binti Abdul Aziz, dan Prof. Madya Dr. Janice Nga Lay Hui. Webinar ini telah disertai oleh hampir 500 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.   

 

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEUUAu~