FB LIVE - BELIA DAN PATRIOTISME: SENDI KEPADA KESTABILAN DAN TERAS IDENTITI RAKYAT MALAYSIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » FB LIVE - BELIA DAN PATRIOTISME: SENDI KEPADA KESTABILAN DAN TERAS IDENTITI RAKYAT MALAYSIA

FB LIVE - BELIA DAN PATRIOTISME: SENDI KEPADA KESTABILAN DAN TERAS IDENTITI RAKYAT MALAYSIA

UPM SERDANG, 30 Ogos 2023 - Siri webinar IPSAS anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia diteruskan dengan tajuk ‘Belia dan Patriotisme: Sendi Kepada Kestabilan dan Teras Identiti Rakyat Malaysia’. Ahli panel untuk sesi kali ini ialah  Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Penyelidik Bersekutu IPSAS/Pensyarah FPP/Pengetua KOSASS UPM dan moderator oleh Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami, Pemikir IPSAS/Pensyarah FPP UPM.

Menurut Dr. Mohd Mursyid , anak muda adalah tunjang kepada pembangunan dan keutuhan sesebuah negara.  Tambahan beliau, aspirasi anak muda merupakan sendir kepada kestabilan dan teras identiti rakyat Malaysia. Antara isu yang dikupas oleh ahli panel ialah penglibatan anak muda dalam penggunaan teknologi termasuk, internet dan media sosial yang membawa kepada kerapuhan semangat patriotisme. Selain itu, ahli panel turut memperjelas peranan anak muda dalam menjamin kestabilan ekonomi dan sosial.  

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCMAL~