SOALAN LAZIM | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Penyelidikan
1
Adakah IPSAS mempunyai program penyelidikan tertentu?

Program penyelidikan IPSAS dinamakan Pembangunan Belia dimana ia memberi tumpuan kepada proses meningkatkan pembangunan belia dari perspektif kewarganegaraan dan kepimpinan, kesejahteraan dan kesihatan sosial serta teknologi. Penyelidikan ini menyediakan pihak berkepentingan dengan penilaian berterusan pembangunan belia berdasarkan tiga perspektif tersebut. Sila rujuk Penyelidikan untuk maklumat lanjut.

2
Apakah jenis penyelidikan yang dijalankan oleh IPSAS?

IPSAS menjalankan penyelidikan berbentuk kajian asas (fundamental) sehingga penyelidikan berbentuk gunaan. Selain itu, IPSAS turut menjalankan kajian tindakan dan penyelidikan kontrak yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Sila rujuk kepada Penyelidikan untuk maklumat lanjut.

3
Siapakah pakar penyelidikan di IPSAS?

Pakar penyelidikan di IPSAS datang daripada pelbagai fakulti dan jabatan mengikut kelompok sains sosial di UPM. Penglibatan mereka adalah berdasarkan kepakaran bidang mereka. Sila rujuk kepada Direktori Penyelidik untuk maklumat lanjut mengenai pakar penyelidikan.

4
Siapakah yang perlu dihubungi jika ingin berbincang mengenai projek penyelidikan yang berpotensi atau untuk mengatur  perjumpaan?

Sila hubungi pegawai kami Dr. Jeffrey Lawrence D'Silva di talian 603-97691862 atau emel jld@upm.edu.my untuk bantuan.

5
Adakah IPSAS menawarkan kekosongan jawatan kepada pelajar?

IPSAS menawarkan kekosongan jawatan seperti Pembantu Penyelidik (RA) dan pembanci (pengumpulan data, kemasukan data, jurutranskrip) bergantung pada projek penyelidikan. Kekosongan akan diumumkan melalui buletin UPM dan laman web IPSAS.


Pengajian Siswazah
6
Apakah bidang pengajian yang ditawarkan oleh IPSAS?

Pada masa ini, IPSAS menawarkan empat (4) bidang pengajian, iaitu (i) Pendidikan dan Pembangunan Komuniti, (ii) Kemajuan Luar Bandar, (iii) Pengajian Kepimpinan dan  (iv) Pengajian Belia

7
Berapa lamakah tempoh untuk pengajian Master dan PhD?

Bagi Master, tempoh minimum adalah 4 semester (2 tahun) dan sehingga maksimum 6 semester (3 tahun). Sementara itu, bagi PhD, tempoh minimum adalah 6 semester (3 tahun) dan maksimum 10 semester (5 tahun). Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke laman www.sgs.upm.edu.my

8
Apakah syarat bagi permohonan dan kemasukan ke program  Master atau PhD program yang ditawarkan oleh IPSAS?

Keperluan bagi permohonan dan boleh diperolehi di bahagian Akademik dan butir-butir keperluan kemasukan boleh diakses dari laman web sgs.upm.edu.my

9
Adakah IPSAS menawarkan biasiswa kepada pelajar siswazah?

IPSAS tidak menawarkan penajaan kepada pelajar siswazah; bagaimanapun pelajar digalakkan untuk memohon Bantuan Penyelidikan Siswazah skim yang ditawarkan oleh SPS. Untuk maklumat lanjut, sila layari sgs.upm.edu.my

10
Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya memerlukan maklumat lanjut berkaitan program pengajian siswazah di IPSAS?

Sila hubungi Puan Zainor Mazwin Zainal di talian 603-97697352 atau emel zainormz@upm.edu.my


Mengenai IPSAS
11
Apakah kegiatan utama IPSAS?

IPSAS adalah sebuah institusi penyelidikan dalam bidang sains sosial yang menumpukan kepada isu pembangunan belia dan komuniti. IPSAS turut menawarkan program pasca-siswazah pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Selain daripada itu, institut juga menawarkan latihan berkaitan analisis data kuantitatif dan kualitatif. 

12
Saya perlu berbincang mengenai program latihan khas berkaitan dengan analisis data dan penulisan artikel jurnal. Siapakah yang perlu dihubungi?

Sila hubungi Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva di talian 603-97691862 atau emel di jld@upm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Kemaskini:: 03/10/2022 [nooryati]

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDTSAP~