UPM SERDANG, 22 Ogos 2023 – Siri FB Live Institut Pengajian Sains Sosial, UPM kali ini diteruskan dengan topik ‘Menjelang 66 Tahun Kemerdekaan Negara, Merdekakah Masyarakat Kita?’, dengan menampilkan tiga orang panel hebat iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah Kamaruddin, Penyelidik Bersekutu IPSAS/Pensyarah FBMK, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori IPSAS/Pensyarah FPSK dan Dr. Mohammad Naqiuddin Dahamat Azam, Penyelidik Bersekutu IPSAS/Pensyarah FEM manakala moderator oleh En. Zaifunizam Ariffin, IPSAS UPM.
Antara isu utama yang dikupas dalam sesi ini ialah status semasa alam sekitar negara, dunia sastera dan kreativiti dalam mengisi kemerdekaan, serta penghayatan kemerdekaan oleh golongan remaja. FB Live ini telah mendapat 444 tontonan.
Tarikh Input: 29/08/2023 | Kemaskini: 29/08/2023 | nm_aini