FB LIVE - PRN 2023: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN MAHASISWA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » FB LIVE - PRN 2023: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN MAHASISWA

FB LIVE - PRN 2023: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN MAHASISWA

UPM SERDANG, 9 Ogos 2023 – Siri FB Live Institut Pengajian Sains Sosial, UPM kali ini diteruskan dengan topik ‘PRN 2023: Tanggungjawab dan Peranan Mahasiswa’, dengan menampilkan tiga orang panel hebat yang mengetuai kepimpinan mahasiswa di tiga institusi pengajian tinggi iaitu Cik Fatin Amirah Mohd Hisham, YDP MPP UPM, En. Muhammad Hisyamuddin Sazali, YDP MPP UMT dan En. Badrul Alif Naqiuddin Badrulzaman, YDP MPP UKM. Moderator untuk sesi ini ialah Dr. Zatul Himmah Adnan, Ketua Unit ADVOKASI IPSAS dan juga Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia.

Antara isu yang dikupas dalam sesi ini ialah senario aktiviti berpolitik di kampus, dan apa yang memotivasikan golongan muda untuk pulang mengundi pada PRN kalini ini. Moderator juga turut mendapatkan pandangan ahli panel tentang situasi berkempen oleh parti-parti politik bagi PRN kali ini.

Di samping itu, moderator turut mendapatkan pandangan ahli panel tentang tanggungjawab dan peranan golongan mahasiswa terhadap negara, selain melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 11/08/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCTAZ~