HARI TERBUKA IPSAS 2023 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » HARI TERBUKA IPSAS 2023

HARI TERBUKA IPSAS 2023

UPM SERDANG, 23 Nov - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Hari Terbuka IPSAS 2023 pada 23 November 2023, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah berjaya menarik lebih 150 orang peserta yang terdiri daripada rakan strategik IPSAS, pelajar prasiswazah, pelajar pascasiswazah, dan staf UPM.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah siding pakar kepimpinan belia, pameran poster penyelidikan, pemeriksaan kesihatan asas, jualan, sesi bersemuka bersama pakar IPSAS, sesi bersama alumni IPSAS serta Hooding Ceremony bagi pelajar IPSAS yang bergraduat dengan Doktor Falsafah.

Hari Terbuka IPSAS 2023 diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Ismi Arif Ismail yang juga merupakan penyelidik bersekutu IPSAS. Prof. Dr. Ismi Arif telah merasmikan Hari Terbuka IPSAS dan menyempurnakan Hooding Ceremony.

 

 

 

Tarikh Input: 01/12/2023 | Kemaskini: 01/12/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCOAU~