IPSAS UPM, ISTAC-IIUM JALIN KERJASAMA ATASI MASALAH JURANG GENERASI | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » IPSAS UPM, ISTAC-IIUM JALIN KERJASAMA ATASI MASALAH JURANG GENERASI

IPSAS UPM, ISTAC-IIUM JALIN KERJASAMA ATASI MASALAH JURANG GENERASI

KUALA LUMPUR, 26 Sep - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama bersama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam International Islamic University Malaysia (ISTAC-IIUM) bagi mengatasi masalah jurang generasi lama dan generasi muda.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan platform penting bagi perbincangan intelektual mengenai isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan belia dari pelbagai perspektif bersama generasi lama.
Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Haslinda Abdullah berkata generasi lama tidak seharusnya menafikan potensi pemimpin pelapis muda yang akan menjadi penggerak penting pada usia muda mereka."Pada zaman masa kini saya mohon agar generasi lama tidak mengharapkan generasi muda untuk mendengar kata mereka sahaja tetapi mereka juga perlu belajar dengan generasi muda agar tiada jurang generasi berlaku.
 
"Adanya perbezaan generasi adalah sesuatu yang semulajadi, tetapi penting untuk menjalankan perbincangan bersama-sama agar komunikasi antara generasi-generasi tersebut bersifat telus dan terbuka untuk memahami pandangan, nilai, dan keperluan yang berbeza antara generasi muda dan generasi lama, " katanya. Prof. Dr. Haslinda turut memberi pandangan beliau agar generasi lama tidak mengendahkan pendapat golongan muda dan mewujudkan masa depan sejahtera bagi negara dengan mempromosikan penyertaan serta pembabitan generasi muda.
 
Selain itu, IPSAS UPM turut bekerjasama dengan ISTAC-IIUM dalam siri kuliah terkemuka membincangkan kesejahteraan belia.
Inisiatif ini dianjurkan untuk menyediakan platform penting bagi perbincangan intelektual mengenai isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan belia dari pelbagai perspektif.
Sementara itu, beliau berkata Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan IIUM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja di antara kedua-dua institusi bagi memperluaskan inisiatif kepada generasai muda.
 
SUMBER : FB UPM

Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCJAd~