JARINGAN DI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF (UIN) 2024 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » JARINGAN DI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF (UIN) 2024

JARINGAN DI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI HIDAYATULLAH SHARIF (UIN) 2024

Pada 5 Februari 2024, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM telah mengadakan kunjungan ke Universitas Islam Negeri Hidayatullah Sharif (UIN), Tangerang, Jakarta Selatan. Kunjungan ini terdiri daripada Pengarah, Ketua Lab Belia dalam Kepimpinan Politik dan Kewarganegaraan, Penyelidik Bersekutu dan Pegawai Penyelidik IPSAS yang disambut baik oleh Profesor Maila Dinia Husni, Ketua Pusat Layanan Kerjasama International, UIN dan beberapa pensyarah yang lain.

Di dalam sesi kunjungan ini, UIN telah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersama IPSAS, UPM dalam aktiviti penerbitan, penyelidikan, latihan peningkatan kemahiran kepada staf sokongan UIN dan penyelenggaraan webinar. Delegasi IPSAS juga telah memberi penerangan tentang peranan IPSAS sebagai institusi penyelidikan sains sosial utama di UPM dan menyambut baik hasrat UIN untuk berkolaborasi bersama. Kerjasama ini akan dilaksanakan selepas pihak UIN mendapat kelulusan daripada pengurusan tertinggi UIN dalam masa yang terdekat. 

 

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCUAC~