JARINGAN KERJASAMA PROJEK INDUSTRI UNTUK MENGEKALKAN KONSERVASI HUTAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » JARINGAN KERJASAMA PROJEK INDUSTRI UNTUK MENGEKALKAN KONSERVASI HUTAN

JARINGAN KERJASAMA PROJEK INDUSTRI UNTUK MENGEKALKAN KONSERVASI HUTAN

JARINGAN KERJASAMA PROJEK INDUSTRI  UNTUK MENGEKALKAN KONSERVASI HUTAN

29 Julai 2023 - Petronas Carigali Sdn. Bhd. dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM bersama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC) telah menjayakan Program “Exploration Planting Tomorrow Program 2023” yang dihadiri lebih dari  65 pegawai dari Petronas Carigali Sdn.Bhd di Hutan Simpan Ayer Hitam, SISFEC, UPM.

Program ini merupakan inisiatif daripada Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, IPSAS, UPM selaku Pengarah Program.

Sebanyak 200 batang pokok telah ditanam seawal jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Para peserta telah diberikan tujuh (7) jenis pokok hutan yang sesuai di tanam iaitu Merbau, Meranti Melantai Kempas Rambai Jentik-Jentik Kelat (Syzygium dyerianum) dan Sentul (Sandoricum Beccarianum). Pemilihan pokok berdasarkan kesesuaiannya dari segi keupayaan memegang tanah, serapan air dan saiz pokok ketika dewasa.

Sebagai langkah awal ke hadapan untuk konservasi alam sekitar dan kelestarian hutan, program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para peserta mengenai pentingnya kepelbagaian biologi serta perlunya mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Inilah peluang yang patut dibanggakan dalam usaha sama untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) khususnya SDG3 (Health and Wellbeing), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), SDG13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life on Land) ke arah bumi dan masa hadapan yang lebih hijau dan lestari.

Pihak UPM menyambut baik usaha-usaha dan penglibatan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Petronas ini dalam menyokong Agenda Nasional Negara melalui “Kempen Penanaman 100 Juta Pokok” menjelang tahun 2025. Dengan adanya kolaborasi seumpama ini antara Petronas Carigali Sdn Bhd dan Universiti Putra Malaysia, kedua pihak percaya  program ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua pihak yang terlibat.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | zulshafiq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCNAr~