Kepimpinan Belia Dalam Kesukarelawan Agenda Utama Dalam Pembangunan Belia Negara | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kepimpinan Belia Dalam Kesukarelawan Agenda Utama Dalam Pembangunan Belia Negara

Kepimpinan Belia Dalam Kesukarelawan Agenda Utama Dalam Pembangunan Belia Negara

UPM Serdang, 19 Julai - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan Sidang Pakar Siri 1/2023 bertajuk Kepemimpinan Belia dalam Kesukerelawanan di Era Baharu: Menyantuni Golongan Rentan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.

Kepimpinan belia dalam kesukarelawan adalah agenda utama dalam pembangunan belia negara terutamanya golongan rentan untuk kepimpinan masa depan yang mampan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata, dengan memberi ruang kepada belia untuk memimpin serta membuat keputusan penglibatan dalam kesukarelawan mampu mengukuhkan mereka dalam mencipta perubahan yang positif.

“Pemimpin belia berperanan sebagai penghubung antara generasi yang berbeza serta boleh membantu menjadi penghubung antara generasi lebih tua dengan aspirasi dan keperluan generasi muda,” katanya.

Tambah beliau, melalui sukarelawan juga belia mempunyai kuasa untuk menjadi katalis perubahan sosial serta memperjuangkan matlamat sosial tertentu yang positif dalam kalangan rakan sebaya mereka.

“Ini secara langsung dapat memupuk peranan kepimpinan kepada belia serta pengurusan organisasi dan membangunkan strategi untuk mencapai hasil yang memberi faedah kepada perkembangan peribadi mereka,” katanya.

Pengarah IPSAS yang merupakan juga ahli panel Siri 1 ini, Prof. Dr. Haslinda Abdullah berkata, penganjuran Siri 1 membahaskan tajuk kepemimpinan belia dalam kesukarelawanan di dalam menyantuni golongan rentan ini akan mengupas naratif baharu dalam bidang kepemimpinan belia dan kesukarelawanan di era (Industrial Revolution 4.0 – IR4.0).

“Pengisian penting sidang pakar ini akan menelusuri perubahan yang berlaku dalam masyarakat tentang subjek perbincangan serta mengangkat strategi berkesan di dalam mengurus perubahan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, melalui sidang pakar ini akan menelusuri perubahan yang berlaku dalam masyarakat tentang subjek perbincangan serta mengangkat strategi berkesan di dalam mengurus perubahan tersebut.

“Sidang pakar yang dirancang sebanyak 10 siri ini akan menampilkan panel pakar di dalam bidang pembangunan belia dan komuniti dan dijalankan dalam bentuk diskusi meja bulat dengan melibatkan kerjasama pihak pemegang taruh yang berkepentingan.,” katanya.

Siri 1 Sidang Pakar juga dihadiri oleh Encik Mohammad Rizan Hassan, Ketua Projek Belia Mahir, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, sebagai ahli panel, Felo Adjung IPSAS, UPM. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin yang  bertindak sebagai peneraju bagi Sesi Ta’aruf Siri 1 Sidang Pakar dan peserta dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).
 
 

Tarikh Input: 20/07/2023 | Kemaskini: 10/08/2023 | zulshafiq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCMAl~