Kerjasama Penyelidikan Ulung Yayasan Pengaman Malaysia (PENGAMAN) bersama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM
Shah Alam, 8 Sept – PENGAMAN di bawah inisiatif projek Pengaman Research Exchage on Drugs, Immigrants, Crime and Transformation (PREDICT) telah menandatangani kerjasama penyelidikan buat pertama kalinya dengan pihak Universiti Putra Malaysia melalui Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS). Majlis yang berlansung di Pejabat PENGAMAN itu dimeterai di antara YBhg. Tan Sri Norian Mai, selaku pengerusi PENGAMAN dan Prof. Dr. Turiman Suandi selaku Pengarah IPSAS.
Menurut YBhg. Tan Sri Norian Mai “pendapat tanpa kajian hanyalah satu pendapat tanpa asas yang kukuh”. Beliau berharap kajian ini bakal membantu pihak PENGAMAN untuk menghasilkan satu pelan tindakan yang disokong dengan bukti kajian yang kukuh demi kepentingan pihak yang terlibat.
Projek berjumlah RM160,000.00 ini merangkumi dua tajuk penyelidikan iaitu Migran: Isu dan Masalah di Malaysia dan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Pesara Polis. Projek ini diketuai oleh seorang Ketua Program iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md. Yassin dan projek tersebut akan dikendalikan oleh dua orang Ketua Projek dan ahli penyelidik yang telah dikenalpasti.
Disediakan oleh: Nurani Kamaruddin
Tarikh Input: | Kemaskini: | nooryati