Kunjungan Hormat IPSAS Ke Pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kunjungan hormat IPSAS ke Pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM)

Kunjungan hormat IPSAS ke Pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM)

Kunjungan hormat IPSAS ke Pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 5 Jan 2023 jam 930am yang di ketuai oleh Pengarah IPSAS, YBhg Prof Dr Haslinda Abdullah, turut bersama Pengarah ialah Dr Aini Azeqa Ma’rof Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti dan Encik Zaifunizam Ariffin. Wakil IPSAS telah di sambut oleh Presiden MBM sendiri iaitu Tuan Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan ahli Exco yang lain iaitu Sdr Syafik dan Sdr Fauzi. Perjumpaan di mulakan dengan pengenalan IPSAS dan aktiviti IPSAS yang lepas dan akan datang yang di sampai kan oleh Pengarah IPSAS. Dalam penyampaian tersebut Pengarah menegaskan bahawa kolabarasi antara IPSAS dan MBM dalam bentuk latihan atau program dan penyelidikan yang berteraskan peranan belia untuk negara dan juga kesejahteraan belia. Disamping itu Pengarah IPSAS juga menjemput pihak MBM untuk terlibat dalam Siri Syarahan Ketokohan Belia, ini kerana MBM melahirkan ramai tokoh tokoh belia yang boleh diketengahkan untuk pengetahuan masyarakat

 

Tarikh Input: 10/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCJAW~