LAWATAN KE THE HABIBIE CENTER, JAKARTA SELATAN 2024 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KE THE HABIBIE CENTER, JAKARTA SELATAN 2024

LAWATAN KE THE HABIBIE CENTER, JAKARTA SELATAN 2024

ada 7 Februari 2024, delegasi IPSAS menjalankan kunjungan ke The Habibie Center (THC) di Jakarta Selatan yang diwakili oleh Pengarah IPSAS, Ketua Lab Belia dalam Kepimpinan Politik dan Kewarganegaraan, Penyelidik Bersekutu dan Pegawai Penyelidik. Kehadiran delegasi IPSAS disambut oleh Dr. Mohammad Ansori Hasan, PhD, Pengarah THC bersama penyelidik yang lain. Dalam sesi perbincangan bersama THC, delegasi IPSAS telah memberi penerangan tentang peranan IPSAS sebagai institusi penyelidikan sains sosial utama di UPM yang berkait rapat dengan peranan THC. Pelbagai topik semasa berkenaan isu komuniti Malaysia-Indonesia telah dibincangkan bagi membina kefahaman bersama dan peluang untuk berkolaborasi di dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan antara organisasi di masa akan datang.

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCIAD~