MESYUARAT PERTAMA KERJASAMA PENYELIDIKAN IPSAS – TALENT CORP. | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » MESYUARAT PERTAMA KERJASAMA PENYELIDIKAN IPSAS – TALENT CORP.

MESYUARAT PERTAMA KERJASAMA PENYELIDIKAN IPSAS – TALENT CORP.

UPM SERDANG, 4 September 2023 -  Perjumpaan pertama dan juga mesyuarat pertama diantara pihak Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM. untuk makluman, IPSAS akan terlibat untuk menjayakan projek penyelidikan bertajuk Resident Pass – Talent Retiree tajaan TalentCorp.  Tujuan dan matlamat penyelidikan ini adalah untuk mengukur dan mengenal pasti minat para ekspatriat bekerja dan terus menetap di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bermatlamat untuk menentukan apakah jenis kemudahan yang  boleh disediakan oleh Talent Corp untuk membantu para pemegang Residence Pass-Talent ini.

Mesyuarat ini diwakili oleh Puan Syaheeda Hasbullah dan Encik Shakirin Mohd Fauzi dari TalentCorp.  IPSAS pula di wakili oleh Ketua Projek Dr Jeffrey Lawrence D’Silva, Prof Madya Dr Ts Zairul Mohd Noor dan Encik Zaifu Ariffin. Topik perbincangan adalah berkisar tentang Garis masa Projek, Mekanisma Pelaporan , Soalan Kajiselidik dan Kewangan. Mesyuarat yang  berlangsung selama 1jam ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati pihak IPSAS kepada TalentCorp.  Prof Madya Dr Ts Zairul Mohd Noor menyempurkan majlis kecil ini kepada Puan Syaheeda Hasbullah Timbalan Naib Presiden Talent Corporation.

 

 

Tarikh Input: 12/09/2023 | Kemaskini: 12/09/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCUAj~