Oleh Nor Aini Mohamed
SERDANG, 26 Ogos – Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail di atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial yang baharu, berkuatkuasa 15 Ogos 2020.
Dr. Ismi Arif berkelulusan PhD dari Warwick University, United Kingdom dalam bidang Continuing Education dan pernah mengikuti latihan di Harvard Business School, Harvard University (Asean Senior Leadership and Management). Sepanjang karier beliau sebagai tenaga akademik, 46 artikel telah diterbitkan dalam jurnal berindeks dan terlibat dalam 37 projek penyelidikan. Beliau juga terlibat dengan projek konsultansi bersama agensi tempatan dan antarabangsa termasuk Khazanah Research, Erasmus, Enrst & Young, Mc Kinsey dan Hay Group. Pengalaman luas yang dimiliki beliau mampu melonjakkan IPSAS sebagai institusi penyelidikan dalam bidang belia dan komuniti, di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tarikh Input: 27/08/2020 | Kemaskini: 27/08/2020 | nm_aini