Disediakan oleh : Nor Aini Mohamed
GOMBAK, 9 Mac – Institut Pengajian Sains Sosial, dengan kerjasama Taman Pertanian Universiti, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, serta Majlis Perbandaran Selayang telah melaksanakan program kesedaran penjagaan alam sekitar bersama komuniti Kg. Changkat, Gombak, Selangor. Program ini adalah inisiatif Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, selaku Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia, IPSAS, UPM. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan amalan kitar semula bahan terpakai termasuk minyak masak. Program yang dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kg. Changkat telah menarik penyertaan 30 orang penduduk setempat. Aktiviti yang dilaksanakan ialah ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar, ceramah kesedaran kitar semula minyak masak terpakai dan demonstrasi pembuatan baja kompos.
Dr. Haliza Abdul Rahman menyampaikan ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar kepada peserta program.
Peserta dan urusetia bergambar kenangan selepas program.
Tarikh Input: 12/03/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nm_aini