PROGRAM KUTIP DAN RIADAH (KUDAH) 2023 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM KUTIP DAN RIADAH (KUDAH) 2023

PROGRAM KUTIP DAN RIADAH (KUDAH) 2023

MORIB, 14 September 2023 -  Jawatankuasa Kelestarian Hijau, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dengan kerjasama Raya Airways Sdn. Bhd dan Kelab Kebajikan dan Sosial, IPSAS telah menjayakan Program Kutip dan Riadah (KUDAH) 2023 di Pantai Morib, Banting Selangor. Jumlah staf yang terlibat adalah seramai 43 orang termasuklah dari IPSAS dan Raya Airways Sdn. Bhd. Program ini juga mendapat sokongan yang baik daripada pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana turut menyumbang peralatan yang diperlukan seperti sarung tangan dan plastik sampah untuk memudahkan kami menjalankan aktiviti.

Program ini merupakan inisiatif daripada Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, IPSAS, UPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Hijau IPSAS.  Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Program Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman dan Encik Muhamad Azmir Bin Mokhtar Head of Continuing Airworthiness Management Organization (CAMO) sebagai wakil dari pihak Raya Airways Sdn. Bhd.

Program ini dijalankan secara santai dan kami telah diberikan tugas untuk mengutip sampah disekitar tidak jauh dari 10 kilometer kawasan pantai. Sampah yang paling banyak dikutip adalah puntung rokok, plastik minuman, bekas polisterin makanan, tin minuman bergas dan tin arak. Di anggarkan jumlah sampah yang telah dikumpulkan seberat 50kg dan telah diasingkan di tempat pembuangan sampah bagi memudahkan proses kutipan sampah seterusnya oleh pihak Majlis Perbandaran.

Usahama ini dilakukan atas tujuan kepentingan untuk membawa kita ke dalam refleksi mendalam tentang pentingnya kehidupan hubungan manusia dengan lingkungan alam semesta khususnya kawasan pantai. Walaupun hanya melalui tindakan kecil iaitu hanya mengutip sampah kita telah memaknai satu penghargaan dan rasa menjaga kebersihan kepada bumi. Di setiap kantong sampah yang diisi, terdapat makna yang dalam dan kita adalah penjaga utama alam semesta. Selain dapat menjalinkan kerjasama antara dua pihak dan paling terpenting adalah rasa peduli kepada alam yang kita cintai dan memastikan kehidupan ekosistem pantai kita lebih bersih dan selamat. 

Aktiviti ini adalah salah satu usaha untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) khususnya SDG3 (Health and Wellbeing), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), SDG13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life on Land) ke arah bumi dan masa hadapan yang lebih hijau dan lestari. IPSAS dan UPM menyambut baik usaha-usaha dan penglibatan mana-mana agensi  korporat dalam usaha memulihkan keindahan pantai dan alam sekitar. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen yang sangat baik bagi menjayakan program ini. Dengan adanya kolaborasi antara IPSAS dan Raya Airways Sdn.Bhd, program ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat.

 

Tarikh Input: 19/09/2023 | Kemaskini: 19/09/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCNAi~