SESI DEMONSTRASI LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA PESAKIT DI WAD REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR. | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SESI DEMONSTRASI LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA PESAKIT DI WAD REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR.

SESI DEMONSTRASI LATIHAN MAYA KEJAYAAN KERJAYA OKU KEPADA PESAKIT DI WAD REHABILITASI, HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Pada 10 Ogos 2017, bertempat di Wad Rehabilitasi Hospital Sungai Buloh, kumpulan penyelidik Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU yang sedang menjalankan kajian validasi pasaran produk telah diberi peluang melaksanakan demonstrasi kepada seorang pesakit di wad tersebut. Pesakit tersebut yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalan raya telah dicadangkan oleh doktor yang merawat beliau untuk menjalani latihan maya ini. Dalam memastikan pesakit memahami sepenuhnya kandungan latihan tersebut, Ketua Penyelidik, Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat turut memberikan penerangan kepada pesakit tersebut. Segala maklumbalas dari pesakit tersebut direkodkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan latihan maya tersebut.  Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU juga telah tercalon dalam Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS 2017) peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2017 nanti di Dewan Kenanga, MPSJ. 

 

Ketua Penyelidik, Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat bersama pesakit yang mengikuti Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU. Gambar diambil dengan kebenaran dari pesakit dan pihak hospital. 

 

Disediakan oleh: 
Nor Aini Mohamed
Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia 

Tarikh Input: 14/08/2017 | Kemaskini: 14/08/2017 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFCFAP~