WEBINAR KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » WEBINAR KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

WEBINAR KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS), UPM MENGANJURKAN WEBINAR KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

 

Serdang- Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra  Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Tingkah Laku (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Webminar COVID-19 pada 8 Februari 2021 yang lalu.

Bertemakan “Merungkai Titik-titik Sosial, Tingkah Laku dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia dalam Mendepani Pandemik COVID-19” diadakan melalui aplikasi Zoom dan FB live berjaya menarik tontonan hampir 400 orang ahli akademia, petugas kesihatan dan masyarakat umum.

Objektif utama webinar yang disempurnakan oleh Pengarah IPSAS, Prof. Ismi Arif Ismail  ini memberi pendedahan kesan COVID-19 kepada masyarakat dari aspek sosial, persekitaran dan kesejahteraan melalui sudut pandangan pakar serta mengembangkan idea dan cadangan pakar rujuk atau pemikir daripada universiti dan agensi kerajaan berkaitan.

Panel terdiri daripada Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pemikir Bersekutu, IPSAS), Prof. Madya Dr Malina Osman (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM), Puan Fadhlina Dato’ Sidek (Timbalan Presiden, Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME) dan Dr Manimaran Krishnan, Pengarah IPTK.

Webinar yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia, IPSAS dibahagikan kepada dua sesi iaitu, Forum Bual Bicara pada sebelah pagi diikuti pembentangan dapatan kajian berkaitan COVID-19 oleh penyelidik UPM dan IPTK daripada pelbagai disiplin ilmu pada sebelah petang turut mendapat liputan TV al-Hijrah dan akhbar Harian Metro.

Berita tamat

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh

PM Dr Haliza Abdul Rahman

Ketua Laboratori

Kesejahteraan & Kesihatan Sosial Belia

Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)

Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 17/02/2021 | Kemaskini: 02/03/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXFBAAj~