KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA PENGARAH RUBBER INDUSTRIES SMALLHOLDER DEVELOPMENT AUTHORITIES (RISDA) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA PENGARAH RUBBER INDUSTRIES SMALLHOLDER DEVELOPMENT AUTHORITIES (RISDA)

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA PENGARAH RUBBER INDUSTRIES SMALLHOLDER DEVELOPMENT AUTHORITIES (RISDA)

 

AMPANG, 20 Mac – Delegasi Institut Pengajian Sains Sosial, UPM yang diketuai oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah RISDA, Bangunan RISDA, Kuala Lumpur.  Sejurus tiba, delegasi IPSAS dibawa melawat ke Galeri RISDA yang terletak di aras bawah bangunan berkenaan dan diberi penerangan tentang sejarah penubuhan RISDA, inisiatif RISDA, serta galeri produk yang dihasilkan oleh usahawan bimbingan RISDA.  

Prof. Dr. Haslinda Abdullah kemudian diberi peluang mengadakan pembentangan tentang IPSAS, UPM kepada barisan kepimpinan RISDA yang hadir. Pihak RISDA amat mengalu-ngalukan kerjasama bersama IPSAS dalam bidang penyelidikan, latihan dan seminar pada masa hadapan.

 

 

Tarikh Input: 21/03/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbQAm~