Program penyelidikan IPSAS dinamakan Pembangunan Belia dimana ia memberi tumpuan kepada proses meningkatkan pembangunan belia dari perspektif kewarganegaraan dan kepimpinan, kesejahteraan dan kesihatan sosial serta teknologi. Penyelidikan ini menyediakan pihak berkepentingan dengan penilaian berterusan pembangunan belia berdasarkan tiga perspektif tersebut. Sila rujuk Penyelidikan untuk maklumat lanjut.
IPSAS menjalankan penyelidikan berbentuk kajian asas (fundamental) sehingga penyelidikan berbentuk gunaan. Selain itu, IPSAS turut menjalankan kajian tindakan dan penyelidikan kontrak yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Sila rujuk kepada Penyelidikan untuk maklumat lanjut.
Pakar penyelidikan di IPSAS datang daripada pelbagai fakulti dan jabatan mengikut kelompok sains sosial di UPM. Penglibatan mereka adalah berdasarkan kepakaran bidang mereka. Sila rujuk kepada Direktori Penyelidik untuk maklumat lanjut mengenai pakar penyelidikan.
Sila hubungi pegawai kami Dr. Jeffrey Lawrence D'Silva di talian 603-97691862 atau emel jld@upm.edu.my untuk bantuan.
IPSAS menawarkan kekosongan jawatan seperti Pembantu Penyelidik (RA) dan pembanci (pengumpulan data, kemasukan data, jurutranskrip) bergantung pada projek penyelidikan. Kekosongan akan diumumkan melalui buletin UPM dan laman web IPSAS.
Pada masa ini, IPSAS menawarkan empat (4) bidang pengajian, iaitu (i) Pendidikan dan Pembangunan Komuniti, (ii) Kemajuan Luar Bandar, (iii) Pengajian Kepimpinan dan (iv) Pengajian Belia
Bagi Master, tempoh minimum adalah 4 semester (2 tahun) dan sehingga maksimum 6 semester (3 tahun). Sementara itu, bagi PhD, tempoh minimum adalah 6 semester (3 tahun) dan maksimum 10 semester (5 tahun). Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke laman www.sgs.upm.edu.my
Keperluan bagi permohonan dan boleh diperolehi di bahagian Akademik dan butir-butir keperluan kemasukan boleh diakses dari laman web sgs.upm.edu.my
IPSAS tidak menawarkan penajaan kepada pelajar siswazah; bagaimanapun pelajar digalakkan untuk memohon Bantuan Penyelidikan Siswazah skim yang ditawarkan oleh SPS. Untuk maklumat lanjut, sila layari sgs.upm.edu.my
Sila hubungi Puan Zainor Mazwin Zainal di talian 603-97697352 atau emel zainormz@upm.edu.my
IPSAS adalah sebuah institusi penyelidikan dalam bidang sains sosial yang menumpukan kepada isu pembangunan belia dan komuniti. IPSAS turut menawarkan program pasca-siswazah pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Selain daripada itu, institut juga menawarkan latihan berkaitan analisis data kuantitatif dan kualitatif.
Sila hubungi Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva di talian 603-97691862 atau emel di jld@upm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Kemaskini:: 03/10/2022 [nooryati]