LAWATAN KE BENGKEL MURNI BATU BERTANGKUP, PERLIS | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KE BENGKEL MURNI BATU BERTANGKUP, PERLIS

LAWATAN KE BENGKEL MURNI BATU BERTANGKUP, PERLIS

LAWATAN KE BENGKEL MURNI BATU BERTANGKUP, PERLIS

Oleh : Nor Aini Mohamed

KANGAR, 18 September – Kumpulan Penyelidik Projek Penyelidikan ‘ Development and Validation of Self Acceptance Scale for People With Physical Disabilties’ telah mengadakan lawatan ke Bengkel Murni, Batu Bertangkup, Kangar, Perlis. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertemu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengusahakan bengkel ini untuk ditemubual sebagai responden kajian. Bengkel perusahaan perabut kayu palet ini mempunyai 8 orang pekerja yang terdiri daripada golongan OKU fizikal, penglihatan dan pembelajaran dan merupakan ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Negeri Perlis. Bengkel ini menerima tempahan perabut dari orang perseorangan mahupun syarikat swasta yang ingin membantu golongan OKU ini. Menurut penyelia bengkel ini, En. Murad, beliau amat menitikberatkan kualiti perabut yang ditempah dalam memastikan para pelanggan sentiasa berpuashati dengan hasil kerja mereka. Beliau juga menyatakan bengkel ini amat  membantu menjana pendapatan bagi  menampung kehidupan pekerja di sini . Bersebelahan dengan bengkel ini terdapat satu bangunan yang menjadi asrama pekerja bengkel.

 

Projek penyelidikan ini mensasarkan 300 OKU fizikal sebagai responden kajian dan kini sudah hampir 90% data telah berjaya dikumpul dari OKU fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Projek penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dari Fakulti Pengajian Pendidikan yang juga merupakan penyelidik bersekutu IPSAS bermatlamat untuk  membina satu instrumen pengukuran tahap penerimaan diri dalam kalangan OKU fizikal.

 

 

 Sebahagian pekerja bengkel Murni bergambar kenangan bersama ahli penyelidik. 

 

 

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEaBAC~