5TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » 5TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING

5TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELL BEING

UPM SERDANG, 2 Mei 2024 - IPSAS dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Institut Darul Ehsan (IDE) telah menganjurkan 5th Distinguished Lecture Series on Youth Wellbeing dengan tema Cultivating Empathy & Compassion through Education for Youth Wellbeing.

 
Siri syarahan kali ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Seramai lebih 200 orang peserta telah menyertai siri syarahan ini yang terdiri daripada pelajar universiti, guru, pensyarah dan agensi kerajaan, swasta dan NGO.
 
Yang Berhormat telah menyampaikan topik ini dengan baik sekali dan menekankan kepentingan institusi pendidikan serta peranan guru dan ibubapa dalam membentuk anak-anak muda pada masa kini.
 
Program ini diakhiri dengan pelancaran dua buah buku iaitu When Love Heals Hate oleh Dr. Murni Wan Mohd Nor dan Komik Sukan Bersih oleh kumpulan penyelidik IPSAS yang diketuai oleh Dr. Zeinab Zarebmohzabieh. Kedua-dua buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk golongan muda kerana ia berbentuk ringkas dan menarik.
 
Pihak IPSAS merakamkan jutaan terima kasih buat semua jawatan kuasa, rakan kerjasama dan semua pihak yang terlibat (pempamer, HSAAS, APSeC UPM, PSPK) secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
SUMBER : FACEBOOK IPSAS
 

Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 20/05/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
Z, (07:41:38am-07:46:38am, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]