PROGRAM PERTANIAN BANDAR: MEMBINA BELIA PERTANIAN BANDAR | FASA 1 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) ipsas
» BERITA » PROGRAM PERTANIAN BANDAR: MEMBINA BELIA PERTANIAN BANDAR | FASA 1

PROGRAM PERTANIAN BANDAR: MEMBINA BELIA PERTANIAN BANDAR | FASA 1

3 Ogos 2026 telah berlangsung Bengkel Minda Usahawantani sempena Program Pertanian Bandar: Membina Belia Pertanian Bandar, hasil kerjasama Projek JINM Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), ADAB Youth Garage (AYG) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Bangi.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian inspirasi oleh Dr. Engku Mardiah binti Engku Kamarudin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, yang membuka minda peserta mengenai potensi keusahawanan dalam pertanian bandar.

Peserta kemudiannya didedahkan kepada konsep kebun komuniti dan kaedah penanaman sayuran serta bawang secara hidroponik menggunakan span, dikendalikan oleh Pn. Ainul Mardiyyah bersama pegawai-pegawai UCTC UPM. Sesi diteruskan dengan lawatan ke tapak hidroponik UCTC bagi melihat sendiri pelaksanaan projek serta membawa pulang hasil tuaian sayuran segar.

Hari ini, peserta pulang bukan sekadar membawa sayuran segar, tetapi juga membawa pulang ilmu, pengalaman dan inspirasi. Mereka belajar bahawa daripada ruang yang kecil dan ruang kosong lahir harapan yang besar untuk membina komuniti, memupuk kemahiran dan menyemai minat terhadap pertanian sebagai gaya hidup yang sihat serta menenangkan jiwa.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

 

Tarikh Input: 02/08/2026 | Kemaskini: 02/08/2026 | alyarahim

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
W, (01:45:06am-01:50:06am, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]