5th International Conference On Youth 2026 (ICYOUTH 2026) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) ipsas
» BERITA » 5th International Conference on Youth 2026 (ICYOUTH 2026)

5th International Conference on Youth 2026 (ICYOUTH 2026)

5th International Conference on Youth 2026 (ICYOUTH 2026) berjaya menghimpunkan penyelidik, akademia, pelajar, pengamal industri serta belia dari pelbagai negara bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan belia, kesejahteraan sosial, pendidikan, kepimpinan dan inovasi. Bertemakan “AI and Youth for Societal Impact: Transforming Communities and Advancing Wellbeing”, persidangan ini menekankan peranan kecerdasan buatan (AI) dan generasi belia dalam memacu transformasi masyarakat serta meningkatkan kesejahteraan komuniti secara mampan.
Persidangan yang berlangsung pada 5 - 6 Mei 2026 di Marina Putrajaya ini menjadi platform penting untuk peserta membentangkan hasil penyelidikan, berkongsi idea serta memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik dan profesional di peringkat antarabangsa. Pelbagai topik berkaitan teknologi, pembangunan sosial, kesihatan mental, pendidikan dan inovasi komuniti telah diketengahkan sepanjang program berlangsung.
 
Majlis perasmian ICYOUTH 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital Malaysia, yang menekankan kepentingan penglibatan belia dan teknologi dalam membentuk masyarakat masa hadapan yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan. Semasa majlis perasmian berlangsung, turut diadakan pelancaran Sambutan 25 Tahun IPSAS sebagai simbolik kepada pencapaian dan sumbangan IPSAS dalam pembangunan penyelidikan serta masyarakat sepanjang penubuhannya. Selain itu, majlis turut menyaksikan pelancaran penerbitan IPSAS yang menghimpunkan pelbagai hasil penulisan dan penyelidikan sebagai rujukan akademik dan ilmiah.
 
ICYOUTH 2026 turut menampilkan sesi ucaptama daripada Yang Berbahagia Sam Majid, CEO National AI Office dan Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan penggunaan AI, pembangunan belia dan kesejahteraan sosial dalam mendepani cabaran global semasa.
 
Persidangan ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama strategik bersama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, The Japanese Society for the Study of Career Education, Jepun, National Youth Policy Institute (NYPI) Korea, Primax Foundation, India, Future Oriented Youth Society, Korea, Maths Proofread, serta sokongan daripada para penaja iaitu WAZAN UPM, Yayasan Basmi Kemiskinan, Tourism Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Sokongan dan komitmen semua pihak telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini.
 
Sepanjang persidangan berlangsung, pelbagai sesi pembentangan selari, forum ilmiah, perkongsian kepakaran serta Hackathon telah diadakan dengan penglibatan aktif peserta tempatan dan antarabangsa. Anugerah pembentang terbaik turut diberikan sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek penyelidikan dan penyampaian ilmiah.
 
Penganjuran ICYOUTH 2026 membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan belia melalui penyelidikan, inovasi dan kolaborasi global selaras dengan cabaran semasa dan agenda pembangunan mampan. Program ini diharap dapat terus menjadi medium penting dalam melahirkan generasi belia yang berdaya saing, progresif dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

 

May be an image of table and wedding

No photo description available.

May be an image of studying and text

May be an image of one or more people, people studying and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of dais and text

May be an image of clarinet and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, suit, dais and text that says 'KELUARA KELUARN ሎ'

May be an image of dais and text

 

Tarikh Input: 27/07/2026 | Kemaskini: 27/07/2026 | alyarahim

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (02:17:33pm-02:22:33pm, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]