6TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELLBEING | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » 6TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELLBEING

6TH DISTINGUISHED LECTURE SERIES ON YOUTH WELLBEING

8 Oktober 2024 – Pihak ISTAC-IIUM dengan kerjasama IPSAS-UPM telah menganjurkan 6th Distinguished Lecture Series on Youth Wellbeing. Penganjuran kali ke enam ini telah diadakan di ISTAC-IIUM. Ceramah pada kali ini telah disampaikan oleh YBhg Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi. Tajuk ceramah yang telah disampaikan adalah Youth and Environmental Education: Nurturing Value-Driven Mindset. Lebih 200 orang peserta daripada IIUM, UPM, universiti awam dan swasta dan NGO telah menyertai ceramah ini. Prof Madya Dr. Ahmad El-Muhammady telah menjadi moderator bagi sesi dialog pada kali ini.

 

Dua buah buku hasil penulisan Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori IPSAS yang bertajuk Persekitaran, Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Bandar dan Pendekatan Sains Sosial dalam Pengurusan Alam Sekitar telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’. Selain itu, satu kajian bersama antara IPSAS, UPM dan ISTAC, IIUM yang bertajuk  Wellbeing of Muslim Youth in Selangor turut dilancarkan. 

 

Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 19/11/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
F, (09:47:35am-09:52:35am, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]