Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan 7th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being yang menampilkan syarahan oleh Profesor Adjung IPSAS, Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin. Bertemakan "Keluarga dan Kepimpinan Belia: Warisan Nilai untuk Generasi Mendatang", beliau menekankan kepentingan nilai kekeluargaan sebagai asas dalam membentuk kepimpinan belia yang berkualiti dan berdaya tahan.
Program ini telah berlangsung pada 15 Mei 2025 bersempena sambutan Hari Belia, dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), bagi memperkukuh mesej bahawa keluarga merupakan madrasah pertama yang mencorakkan hala tuju dan jati diri anak muda. Menurut Dr. Zaleha, usaha membangunkan kepimpinan belia tidak boleh dipisahkan daripada institusi keluarga yang kukuh dan berperanan aktif.
Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Haslinda Abdullah pula menegaskan bahawa syarahan ini mencerminkan komitmen berterusan IPSAS dalam memperkasa kesejahteraan sosial belia. Penganjuran siri ini turut meneruskan legasi enam syarahan terdahulu yang telah menghimpunkan tokoh-tokoh berpengaruh dalam pembangunan belia dan masyarakat.
Tarikh Input: 16/05/2025 |
Kemaskini: 16/05/2025 | nm_aini
PERKONGSIAN MEDIA