Bengkel Penyelidik Bersekutu IPSAS 2023 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Bengkel Penyelidik Bersekutu IPSAS 2023

Bengkel Penyelidik Bersekutu IPSAS 2023

11 Januari 2023  Bengkel Penyelidik Bersekutu IPSAS 2023

Bertempat di Youth Arena @IPSAS berlangsung Bengkel Pemantapan Penyelidik Bersekutu IPSAS dan Hala Tuju Bidang Sains Sosial 2023 yang di pengerusikan oleh Pengarah IPSAS sendiri, YBhg Prof. Dr. Haslinda Abdullah.

Bengkel dimulakan dengan sedikit pengenalan tentang IPSAS dan hala tuju IPSAS terutama dalam memantapkan kajian dan penerbitan bidang sosial sains dan kemanusiaan.

IPSAS juga dalam mengorak langkah untuk membina satu platform yang  akan di kenali dengan nama Academy of Social Science and Humanities (ASAH) yang  akan menghimpunkan  para cendikiawan, sarjana dan cerdik-pandai dalam bidang ini demi untuk meningkat bidang kajian dan penerbitan di Malaysia amnya dan di UPM khasnya.

Pelbagai idea dan cadangan telah dibincangkan dalam usaha mengorak langkah dan membawa IPSAS ke persada dalam dan luar negara.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Penyelidik Bersekutu IPSAS yang telah hadir dan semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang sangat berharga.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEXSAT~